“Perlu dibuat di dalam mahkamah” – Peguam tegur cara Hafidz Roshdi lafaz talak

“Perlu dibuat di dalam mahkamah” – Peguam tegur cara Hafidz Roshdi lafaz talak

Tindakan pelakon Hafidz Roshdi melafazkan talak terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarga masing-masing pada Rabu lalu dianggap tidak wajar.

Peguam Syarie, Nurul Atikah Abd. Rashid menegur, lafaz tersebut sebaiknya dilakukan di dalam Mahkamah Syariah tanpa membabitkan ahli keluarga sebagai saksi.

“Ramai sebenarnya salah faham untuk lafaz talak ni terutama suami. Lafaz talak hendaklah dibuat di dalam mahkamah!  Tak perlu nak bersaksikan keluarga. Lafaz je depan hakim dah jatuh,” tulisnya.

Nurul Atikah berkata demikian menerusi sebuah ciapan di laman Twitter dengan memuat naik satu tangkap layar laporan berita mengenai penceraian pasangan berkenaan.

Tambahnya, ini kerana pasangan yang ingin berpisah seharusnya mengikut saluran yang betul, sama seperti keputusan untuk mendirikan rumah tangga sewaktu dahulu.

“Ambil baik-baik, cerai juga kena cara baik,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Atikah tidak memberi penjelasan secara terperinci berhubung tegurannya sehingga mengundang beberapa persoalan dalam kalangan warganet.

Namun begitu, segelintir individu mendakwa bahawa lafaz dilakukan pelakon terbabit tetap sah tetapi masih memerlukan prosedur tertentu seperti pendaftaran, pengesahan selain membayar denda ditetapkan oleh mahkamah.

Tetap jatuh talak, cuma perlukan pengesahan mahkamah

Kena rekod penceraian

Betul la tu.. jangan ambil ringan

Duit banyak boleh la bayar denda

Biasa sangat dalam drama, buat main je?

Terdahulu, rumah tangga Hafidz dan Nurul Shuhada dikatakan bergolak selepas kehadiran seorang wanita bernama Athira Yuhada yang didakwa sebagai orang ketiga.

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia tiga tahun.