Permohonan bantuan i-Sejahtera RM200 tahun 2023

Permohonan bantuan i-Sejahtera RM200 tahun 2023

 

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.

Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan i-Sejahtera yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan i-Sejahtera

Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan i-Sejahtera pada Mac 2023 ini:

  1. Program Penghargaan Warga Emas – RM200 Seorang
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal – RM100 Seorang
  3. Program Suri Emas – RM100 Seorang

Ini menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan negeri bagi Program i-Sejahtera Fasa 1/2023 sebanyak RM43,872,000.

Advertisement

Syarat Umum Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.

Cara Memohon & Semakan

Status pendaftaran boleh disemak melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.

Sebarang permohonan dan semakan boleh dibuat di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php

Tarikh Pembayaran

Bayaran i-Sejahtera bagi fasa satu 2023 telah dijadualkan bermula 8 Mac dan akan dilaksanakan sepenuhnya secara pengkreditan terus ke akaun bank (EFT).