Permohonan bantuan STR Fasa 2 telah dibuka untuk rakyat Malaysia yang layak

Permohonan bantuan STR Fasa 2 telah dibuka untuk rakyat Malaysia yang layak

 

Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini data bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2023.

“Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian,” menurut MoF.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

MOF berkata, data penerima STR fasa satu akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, selain data daripada beberapa agensi kerajaan akan disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,”

Bagi yang belum memohon, berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan baru bagi bantuan ini.

Apakah Itu Bantuan Tunai Rahmah?

bantuan tunai rahmah str 2023 permohonan

STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Bantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini?
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

Berikut adalah jumlah bayaran tambahan yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :