Permohonan baru, kemaskini maklumat bantuan STR dibuka hingga 31 Mac 2023

Permohonan baru, kemaskini maklumat bantuan STR dibuka hingga 31 Mac 2023

Individu yang layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengemukakan pendaftaran baharu atau mengemas kini maklumat bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan, proses tersebut bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Selain itu, ia bagi membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

“Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 bilion.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” menurut kenyataan itu.

MoF berkata, bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau ‘exclusion error’, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan, di samping data daripada beberapa agensi kerajaan, untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Kementerian juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.