Permohonan insentif tambahan RM480 bagi tahun 2023

Permohonan insentif tambahan RM480 bagi tahun 2023

 

Insentif bayaran tambahan RM480 setiap tahun adalah merupakan inisiatif yang disediakan melalui program kasih suri keluarga Malaysia. Untuk makluman, pihak kerajaan dengaan kerjasama KWSP telah menyediakan kemudahan program Kasih suri KWSP di mana pencarum boleh menerima insentif tambahan sebanyak RM480 setahun.

PROGRAM KASIH SURI 

Untuk sedia maklum, melalui program khas ini terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia. Para ibu dan suri rumah dapat menabung duit dan dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.

Program khas ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan golongan suri rumah yang mencarum dalam KWSP pada tahun ini. Pendaftaran boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

MANFAAT KASIH SURI

Berikut telah disediakan faedah dan manfaat yang boleh didapatkan dalam program kasih suri KWSP seperti dibawah :

  • Akan menerima insentif bayaran tambahan RM480 setiap tahun
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Boleh membuat caruman dalam jumlah amaun mengikut kemampuan semasa pada bila-bila masa
  • Automatik layak menerima bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pendaftaran program kasih suri KWSP seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Individu berumur 60 tahun dan kebawah
  • Kumpulan suri rumah yang berdaftar dengan e-kasih
  • Membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 sahaja sebulan bersamaan RM60 setahun
  • Merupakan isteri kepada ketua isi rumah (KIR) atau wanita (KIR)

Peringatan : Kepada pemohon hanya boleh memilih satu insentif sahaja pada tahun ini. Jika anda sudah berdaftar dengan kemudahan i-saraan KWSP, anda perlu membatalkan terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran kasih suri KWSP.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Jika anda berminat untuk mendapatkan insentif khas ini, perdaftaran permohona boleh dibuat. Sila rujuk di portal rasmi kasih suri KWSP – DI SINI pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan serta borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman berkenaan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan b40.