Permulaan kena paksa, sekarang tak sangka sudah empat tahun Boss James puasa

Permulaan kena paksa, sekarang tak sangka sudah empat tahun Boss James puasa

Siapa sangka, pempengaruh media sosial berbangsa Cina, Boss James rupanya sudah masuk tahun keempat berpuasa di bulan ramadan bersama sahabat muslim yang lain telah berjaya mengundang perhatian ramai.

Menurut laporan mStar, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Boss James yang begitu teruja meraikan bulan mulia dengan penuh kesabaran.

Meskipun bukan beragama Islam, namun Boss James tetap berfikiran terbuka dan berharap agar orang ramai di laur sana mendoakan yang terbaik untuknya.

“Saya tak sangka video ini menjadi tular tapi secara niat baik saya lakukan ini kerana pasukan sebab kebanyakannya beragama Islam dan gembira kerana dapat beri impak baik.
“Kali pertama sebenarnya saya dipaksa puasa tapi lama kelamaan sudah terbiasa dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berpuasa… puasa ini mengajar kita bukan saja tak boleh makan tapi emosi pun begitu sebab tak boleh marah.
“Walaupun saya bukan beragama Islam tetapi saya berfikiran terbuka, bagi mengenai agama ni ia susunan tuhan, saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video yang dimuat naik oleh Boss James sendiri di laman TikToknya yang memaparkan dia sedang bersahur bersama rakan yang lain.

 

Sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 6 juta tontonan dan mendapat lebih 600,000 tanda suka daripada warganet selepas seminggu dimuat naik dalam aplikasi tersebut.