Pernah catat sejarah hantaran perkahwinan termahal RM77,888.77, tak sangka begini kehidupan terkini Juliana Banos

Pernah catat sejarah hantaran perkahwinan termahal RM77,888.77, tak sangka begini kehidupan terkini Juliana Banos

 

Pernah hits dengan lagu Cinta Gila dan Sehidup Semati, penyanyi dan pelakon Juliana Banos seakan terus lenyap daripada dunia hiburan sejak dia mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mokhtar Ahmad sekitar tahun 2005.

Kali terakhir Juliana terbabit dalam dunia perfileman adalah sekitar tahun 2005 di mana dia telah muncul dalam filem Pontianak Menjerit yang merupakan karya terakhir sebelum dirinya menghilang terus dari industri seni tempatan.

@noraini_basre

Membalas kepada @hairulazley #inspirasiramadan #artismalaysia #norainibasre #binafshasweet #90s #90s #julianabanos #fyp

♬ Cinta Gila – Juliana Banos

Namun, namanya mula disebut-sebut peminat dan netizen media sosial sekitar tahun 2020 apabila dia dilihat tampil bergambar bersama peminat.

Juliana Banos pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila kisah mengenai hantaran perkahwinan termahal yang bernilai RM77,888.77 menjadi sebutan peminat pada waktu itu.

Difahamkan, Juliana kini bahagia bersama dengan tiga orang anaknya di samping sibuk menguruskan perniagaan bersama suami.

Juliana Banos 2023

Mengimbas kembali, suami Juliana, Datuk Mokhtar Ahmad merupakan pengusaha import kereta mewah telah menghadiahkan isterinya dengan dua bentuk cincin berlian bernilai RM10,000 berjenama Cartier dan Carat Club.

Selain itu, kasut dan beg mewah berserta set wangian mewah berjenama Louis Vuitton turut menjadi barang hantaran di hari perkahwinan mereka.

Ditemui media pada ketika itu, angka 77,888.77 adalah angka kegemaran dia dan suami dan menjadi tanda cinta mereka apabila diabadikan dalam bentuk hantaran perkahwinan.

Juliana Banos 2023

Juliana Banos 2023

Masih menjadi sebutan hingga kini, Juliana Banos pernah muncul dalam filem seperti Gila-Gila Pengantin dan Gerak Khas The Movie Bahagian 2. Dia yang pernah menjadi penyanyi di bawah syarikat rakaman KRU itu pernah merakamkan lagu popular seperti Sayang, Tiap Detik dan banyak lagi.

Peminat juga bercita-cita untuk melihat Juliana Banos atau lebih mesra disapa sebagai June dan Jose ini untuk beraksi di rancangan nyanyian Gegar Vaganza, misalnya.

Juliana Banos 2023

Juliana Banos

Berikutan itu, ramai peminat berharap agar dia dapat kembali dengan membuat ‘comeback’ dalam industri seni kerana ramai yang merindukan Juliana untuk kembali bernyanyi di atas pentas.