Pernah dibantu Ebit Liew, wanita bertatu kembali ke imej asal & tidak lagi berhijab
Beberapa bulan lalu, tular di media sosial apabila personaliti dakwah, Ebit Lew telah terbang ke Indonesia dan membantu seorang wanita yang merupakan janda muda bertatu dikenali sebagai Mondy Tatto ‘berhijrah’ menjadi lebih baik.
Dia yang sudahpun bertudung sejak bertemu dengan Ebit Lew juga dipercayai menjadi influencer dengan mempromosikan pelbagai perniagaan di media sosialnya terutama di TikTok.
Sekejap je pakai hijab
Namun, selepas pulang semula ke Indonesia, khabar Mondy jarang kedengaran sehingga tular di media sosial bahawa wanita berkenaan tampil tanpa hijab sama seperti sebelum bertemu Ebit Lew.
@mondy_tatto
Orang tanya je kenapa buka hijab
Dalam salah satu hantarannya di TikTok, Mondy seakan meminta orang ramai tidak menyibuk urusannya selepas menerima banyak kecaman apabila membuka hijab.
Mungkin belum puas dengan kehidupan dulu
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang seakan menduga bahawa influencer berkenaan bakal kembali ke ‘fitrah’ asal selepas beberapa bulan mengatakan mahu istiqomah dalam perubahannya.
Bukan hanya netizen Malaysia, netizen dari negara kelahiran wanita berkenaan juga turut sama-sama ‘menyerang’ Mondy di TikTok kerana melihat penampilannya yang tidak konsisten.
Orang peduli dekat dia
Sediakan popcorn sajalah
Semua tu bergantung pada niat sendiri
Dah boleh agak dari awal
Mungkin sebelum ni cuma konten
Terdahulu, pesonaliti dakwah, Ebit Lew telah berkongsi video bertemu seorang wanita muda penuh tatu di wajah sedang tidur di tepi jalan beralaskan kotak.
Tindakannya telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen apabila ada pihak yang membongkar media sosial wanita yang dahulunya seorang penyanyi jalanan.
Ebit telah membawa Mondy ke Malaysia dan membuat live menjual sambal sebelum khabar wanita berkenaan ‘sepi’ apabila dia pulang ke kampung halamannya.