Persembahan berani Naim Daniel, steady nyanyi dalam keadaan tergantung di AJL

Nampaknya Naim Daniel membuat kejutan dengan bernyanyi secara tergantung pada Anugerah Juara Lagu ke-37.
Konsisten tak turun langsung
Dia yang tampil menyampaikan lagu Mainan telah tergantung dengan memakai busana berwarna putih dilihat menyanyikan lagu dengan tenang.
Menteri pun kagum!
Penampilannya yang boleh dianggap ‘gila’ telah mendapat sorakan ramai termasuklah menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil yang turut hadir menyaksikan AJL37.
🙃🙃🙃#AJL37 pic.twitter.com/LaKHBr7OTu
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 12, 2023
Menerusi posting yang dibuat Instagram TV3, Naim telah dibantu beberapa penari dan individu terlatih untuk memastikannya tergantung dengan selamat sepanjang persembahan yang berlangsung.
Ternyata tindakan berani pelakon drama bersiri Project High Council ini membuahkan hasil apabila mendapat tepukan gemuruh seluruh Axiata Arena dan sekali gus menerima standing oviation.
Komen-komen di Twitter juga memuji tahap kreativiti Naim dan mengatakan tindakannya cukup ‘gila’ malam ini.