“Pertama kali dalam hidup saya dikecam..” – Tulis mesej biadab atas parcel, tuan rumah akhirnya mohon maaf

“Pertama kali dalam hidup saya dikecam..” – Tulis mesej biadab atas parcel, tuan rumah akhirnya mohon maaf

 

Beberapa hari lalu, sebuah parcel dengan mesej pesanan biadab (untuk makluman pekerja courier) telah tular di media sosial.

Tuan rumah yang beralamat di Johor Bahru itu kemudiannya dikecam teruk oleh netizen kerana ayat yang ditulisnya secara tidak langsung umpama memandang sinis kepada abang-abang rider.

Kecik betul dunia ni…Rupanya tuan rumah adalah pengikut FB saya…Beliau mohon maaf

Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa.

Tuan rumah (bernama Hidayah) bagaimanapun telah melakukan permintaan maaf terbuka menerusi bantuan posting seorang pengguna FB, Tuan Shahruddin Helmy.

Merahsiakan identiti sebenar, dia akui khilaf terlalu emosi kerana sebelum ini sudah kerap rider tersalah hantar barang miliknya ke rumah lain.

Netizen ‘hukum’ tuan rumah..Ubah nama location rumah di Google Maps kepada nama bukan-bukan

pa yang jadi cukup memberikan tamparan hebat dan dia benar-benar menyesal dengan perlakuannya.

Bukan sekadar kecaman, bahkan wanita itu terkejut apabila ada netizen yang mengubah alamat rumahnya dalam Google Maps kepada nama bukan-bukan.

“Untuk pertama kali dalam hidup saya dikecam macam ni, tak tahu macam mana nak keluar dari semua ini”. Itulah antara ayat penyesalan yang sempat diluahkan oleh tuan rumah.

Jika saya miskin adab, apa beza dengan mereka yang mengecam?

Berikut adalah hasil carian yang dijumpai dalam Google Maps. Antaranya yang tertera adalah ‘Rumah Miskin Adab’.

Justeru dengan permohonan maaf ini, dia berharap isu berkenaan akan segera jernih tanpa perlu merasa bersalah lagi.