Pertikai saudara bagi anak duit raya RM3, lelaki siap perli ini bukan zaman 90-an
Bab duit raya ini, ramai perlu sedar ia bukan satu kewajiban untuk memberi tapi kalau dapat itu bersyukur bukannya memerli berapa yang diterima.
Kadangkala si anak tidak ada masalah pun dengan jumlah tetapi yang terasa lebih adalah ibu bapanya.
Zaman sekarang semua hadapi masalah ekonomi, harga barang mahal dan gaji pula rendah.
Mungkin jumlah itu sahaja yang dia mampu berikan kepada anak anda, perlu diingatkan ada banyak lagi orang yang perlu diberi duit raya.
Menerusi satu portal, seorang pengguna di Facebook menerima kecaman selepas memerli pemberi duit raya apabila anaknya hanya menerima RM3.
“Saya ada pergi beraya rumah saudara mara kelmarin, bawa anak-anak sekali. Bila nak balik tu macam biasalah duit raya dihulur kepada anak.
“RM3 sahaja dia bagi, ada lagi orang zaman ni bagai duit raya RM3 macam zaman 90-an. Ramai cakap orang-orang kita ni kaya raya.
“Kalau saya pergi beraya rumah kawan-kawan dekat Pulau Pinang, habis sedikit pun mesti RM5 atau RM10 seorang.
“Janganlah kedekut sangat kita ni, dengan budak-budak pun nak berkira ke,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
Rata-rata netizen kecam tindakan lelaki tersebut kerana hanya melihat nilai tapi tidak mengetahui usaha si pemberi.
“Sebelum Raya lagi dah pesan kat anak-anak. Kalau orang bagi duit raya, kita ambil dan ucap terima kasih. Orang tak bagi, jangan diminta. Kita tak tahu susah orang.
“Berapa pun orang bagi, kena belajar syukur alhamdulillah. Jangan buka sampul depan orang.
“Tunggu balik rumah dalam bilik baru kira. Anak-anak kena berpesan selalu sebab mereka ni budak. Kita yang tua ni la kena main peranan,” komen pengguna Facebook.
“Kita nak bagi bagi bukan dekat seorang dua tapi ramai, anak saudara, anak jiran, budak-budak yang datang beraya lagi.
“Kita bukannya gaji besar dan RM3 sahaja yang mampu diberi. Belajarlah bersyukur,” komen seorang lagi pengguna.
Seharusnya ibu bapa perlu bersikap matang dalam hal ini, anak-anak belum mengenal nilai duit biarlah mereka merasa gembira mengumpul duit raya tanpa mengira jumlah wang diterima.