“Perut buncit sebab kuat makan” – Sweet Qismina
Sering ditanya mengenai soal cahaya mata berikutan fizikalnya kini nampak berisi, pelakon Sweet Qismina menafikan dirinya kini berbadan dua sebaliknya kerana dia kuat makan.
Memetik Kosmo, menerusi video dikongskan di TikTok, Sweet berkata dia tidak melenting mahupun terasa hati dengan soalan mengenai bentuk fizikalnya serta usia kandungan kerana baginya ianya juga satu doa.
“Kalau orang tanya saya ‘sudah berapa bulan’? Saya akan terus jawab ini sebab perut buncit sahaja sebab kuat makan.
“Saya jujur, saya tidak akan terasa sebab pada saya apa yang orang cakap itu adalah doa. Daripada marah baik saya aminkan doa mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Sweet berkata dia berkata setiap kali ada yang bertanya dia meminta untuk mendoakan buat dirinya kerana baginya mungkin ada doanya yang akan diangkat.
“Kita tak boleh marah sebab mereka tak tahu pun betul ke tak betul. Tapi apa yang diluahkan itu menggembirakan saya sebab itu adalah doa mereka.
“Saya akan cakap ‘belum lagi, doakan untuk saya’. Sebab tak tahu dalam 10,000 orang, siapa tahu ada seorang yang doanya akan diangkat,” katanya.