Peserta Himpunan RXZ jauh lebih ramai daripada Himpunan Selamat Malaysia

Peserta Himpunan RXZ jauh lebih ramai daripada Himpunan Selamat Malaysia

Dianggarkan kurang daripada 200 orang menghadiri Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di hadapan sebuah masjid di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Difahamkan, tiada perarakan menuju ke hadapan pusat beli-belah Sogo dilakukan dalam kalangan peserta himpunan berkenaan.

Memetik Kosmo!Online, mereka dan akan terus menuju ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis atas dakwaan salah laku kerajaan.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati anggota polis ditempatkan di lokasi-lokasi strategik dan sekitar kawasan Kampung Baru, dekat sini sempena Himpunan Selamatkan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, yang dijadual dianjurkan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, tetap akan diadakan hari ini.

Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Hilman Idham, dipetik mendakwa himpunan itu tetap diadakan sebagai tanda semangat cintakan negara demi melawan korupsi.

Dua lagi tuntutan adalah meminta kerajaan membebaskan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dan menuntut undang-undang yang adil untuk semua rakyat.