Petai dah kecut jangan buang! Ikut petua ni nak bagi segar semula, bau pun kurang
Bagi peminat petai, memang takkan tolak punya kalau diajak makan jika ada makanan kegemaran mereka itu.
Ia sedap dimasak bersama lauk atau jadikan ulam ulaman makan dengan pencicah tidak kira sambal belacan, budu atau cili potong kicap pun memang ‘terangkat’ jadinya!
Di pasaran, buah petai dijual dalam kuantiti yang banyak mengikut papan dan ada juga yang dijual di dalam paket.
Biasa jika petai itu lama terdedah ia akan menjadi sedikit kecut. Harganya juga sedikit murah daripada petai segar.
Apa yang menariknya, sebenarnya keadaan petai itu boleh menjadi segar semula dengan petua yang dikongsikan ini.
Hanya menggunakan kaedah yang mudah, boleh menjadikan petai segar, saiz membesar sekali gus baunya juga berkurangan.
PETUA
1. Kupas kulitnya, keluarkan kesemua isinya. Masukkan dalam bekas berpenutup.
2. Masukkan air biasa sehingga ke paras penutup dan tutup dengan rapat.
3. Masukkan ke dalam peti ais di tempat yang biasa. Paling kurang dalam lima jam.
4. Petai tadi dah mulai kembang dan jadi besar dua kali ganda dari awal tadi. Tujuan dimasukkan kedalam peti ais tu ialah untuk memelihara kesegarannya.
Anda pasti terkejut sebab bukan sahaja petai tu besar malah ia akan menjadi semakin banyak dan akan memenuhi bekas tadi!
TIP
1. Kalau nak lagi cantik menarik mata petai jangan terbelah dua, kopek sebiji- sebiji dan turis sedikit saja kulitnya supaya air dapat meresap masuk kedalam mata petai tersebut.
2. Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tidak lagi berbau ‘kuat’ sebab baunya keluar bersama air tadi. Tapi tetap bau dan rasa petai.
3. Jadi jangan rendam melebihi 10 hari sebab nanti petai tawar dah tiada rasa petai lagi’ sebab bau petai dah luntur bersama air rendaman itu.
4. Kualitinya tetap cantik dan sedap. Anda boleh simpan berhari-hari malah berminggu di dalam bekas yang ada air ini cuma anda perlu menukarkan air yang baru samada setiap hari atau berselang hari.
Jadi teknik ini membolehkan anda membeli petai-petai yang sudah kecut atau yang murah-murah dari harga yang segar bugar sebab nanti bila dah direndam dalam air petai anda akan jadi bersinar dan segar semula. Jimat kan?