Petua ikan patin bila dimasak tak hanyir, kena cari & buang urat ini dulu

Petua ikan patin bila dimasak tak hanyir, kena cari & buang urat ini dulu

 

Ikan patin antara ikan sungai jadi kegemaran ramai. Enak jika dimasak tempoyak atau asam pedas.

Tapi satu masalah bila nak sediakan ikan patin ni kalau tak kena gaya akan rasa hanyir. Memang akan spoil mood nak makan.

Sebenarnya untuk mengelakkan rasa hanyir ini ada petua yang kena kita praktikkan selain dari basuh dengan asam jawa dan penggunaan tepung gandum.

Namun begitu ramai yang tak tahu akan cara ini. Dikongsi oleh Rosniza Hussin, menurut beliau untuk mengelakkan bau hanyir ketika menyediakan masakan ikan patin kita perlu mencari ‘urat’ ikan ini.

Berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri. Beliau juga turut berkongsi caranya.

1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong cari urat di celah-celah isi ikan. Bila terjumpa, tarik dan buang menggunakan pisau.

2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik.

3. Ini dia urat yang buat ikan patin bau hanyir.

Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.