Petua rebus telur supaya mudah untuk dikupas, nampak cantik & tak retak

Petua rebus telur supaya mudah untuk dikupas, nampak cantik & tak retak

 

Jom cuba petua rebus telur ini supaya telur mudah untuk dikupas. Permukaan telur juga cantik sempurna tanpa cacat cela.

Kalau telur rebus cantik macam ni baru puas hati kan? Telur juga cantik terhidang di atas meja. Keluarga pasti puji hasil telur rebus anda.

Jom sama-sama ihat tips di bawah untuk anda yang masih belum berjaya dapatkan telur rebus yang cantik dan tidak retak ketika direbus.

Cara-cara:

1. Basuh telur dengan bersih dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan juga air. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan telur.

2. Masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak.

tips rebus telur

3. Rebus lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sehingga air menggelegak.

4. Kemudian rendam dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.

Info tambahan: Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan.

Tetapi elak memakannya jika ia retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria.

Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.