Piala FA : Gara-gara ingin melihat Sanusi ‘happy’, TMJ dilapor sanggup pinjamkan kanvas kepada SNBJ

Piala FA : Gara-gara ingin melihat Sanusi ‘happy’, TMJ dilapor sanggup pinjamkan kanvas kepada SNBJ

Igauan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ‘dimalukan’ pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tidak lagi berulang selepas langkah proaktif diambil pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail memastikan padang untuk aksi final Piala FA itu berada dalam keadaan ‘sihat’ apabila meminjamkan kanvas bertujuan menutup padang stadium.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Tunku Ismail memaklumkan bahawa kanvas yang menutup padang SNBJ bagi aksi final Piala FA membabitkan Terengganu FC (TFC) menentang JDT adalah milik Harimau Selatan.

Tindakan itu adalah bagi memastikan kelancaran final Piala FA tanpa berhadapan masalah padang menjadi becak.

Langkah tetsebut dianggap tepat kerana faktor hujan pada sebelah petang berkemungkinan mengakibatkan padang rosak dan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk melangsungkan aksi final.

Sebagai rekod, padang SNBJ rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini sekali gus menyebabkan tindakan drastik dilakukan pihak Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) untuk memperbaikinya.

Malah, situasi terbabit turut mengundang pelbagai kecaman pelbagai pihak kerana stadium berharga ratusan juta ringgit itu tidak perlu berhadapan masalah terbabit hingga terpaksa menggunakan penyodok untuk membuang air bertakung.