Pilih jaga kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan beri komen lagi isu kontroversi

Pilih jaga kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan beri komen lagi isu kontroversi

Kemelut antara pelakon Aaron Aziz dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof nampaknya belum pun menemui pendamaian. Isu yang timbul adalah Aaron Aziz memaklumkan kepada umum namanya telah digugurkan dari membintangi The Original Gangster.

Sebelum ini Syamsul Yusof menjawab persoalan ramai dengan memberikan penjelasan apakah sebab sebenar yang berlaku mengenai isu berkenaan.

Selain dari itu Aaron Aziz juga ada memuat naik video mempertahankan dirinya dan memberitahu kepada umum serta menjawab tuduhan pengarah tersohor tersebut.

 

Aaron Aziz enggan panjangkan isu

Bagaimanapun, pada Sabtu, pelakon aksi popular itu mengambil keputusan untuk enggan memberikan komen mengenai perihal tersebut. Aaron Aziz enggan beri komen lagi isu kontroversi tersebut dan menulis mengenainya di Instagram miliknya.

Dalam tulisannya itu, Aaron Aziz mendedahkan atas nasihat isterinya untuk tidak bertemu dengan Syamsul Yusof. Pelakon kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kerana tidak menjawab panggilan telefon kerana enggan memanjangkan lagi isu yang sedang hangat itu.

Anak bongsu Aaron masuk bilik dan menangis…

“Alhamdulillah. Saya minta maaf semua yang call, saya tak angkat panggilan telefon sebab tak nak komen apa lagi. Bila anak bongsu saya naik bilik menangis and bila isteri saya menangis, itu maksimum dah.

“Orang yang selalu beri nasihat, isteri saya. Kalau isteri cakap ‘no’, masih boleh bincang. (Tapi) Kalau isteri cakap i forbid (melarang) you, dah level lain.”

Kesihatan mental keluarga jadi keutamaan

Tambah Aaron Aziz enggan beri komen mengenai perihal itu lagi, dia bekerja keras untuk keluarga dan kesihatan mental mereka menjadi keutamaan dirinya.

”Bahagian saya kata, itu sudah cukup. Tiada lagi komen dan saya tidak akan jawab sebarang pertanyaan lagi. Saya bekerja keras untuk keluarga dan kesihatan mental mereka adalah penting.

“Rezeki saya bukan di tangan manusia. Saya tumpang rezeki daripada anak-anak dan isteri. Jadi, mereka adalah keutamaan saya. Selamat berpuasa. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dari segala fitnah dunia dan akhirat. Amiin,” katanya.