Pilu!!! Bayi 17 bulan mati dipatuk ular
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lima bulan maut selepas dipatuk ular dalam kejadian di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi Sabtu di Hospital Rembau.
Menurut beliau, ketika kejadian lebih kurang jam 9 malam, mangsa sedang bermain dengan abangnya yang berusia tiga tahun di bilik tidur utama dan ibunya turut berada dalam bilik tersebut.
“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba menjerit sebelum ibu mangsa melihat ada seekor ular masuk ke dalam lubang di bilik tersebut.
“Selepas itu, ibu mangsa mendapati terdapat kesan patukan ular di tapak tangan sebelah kiri anaknya lalu membawanya ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi Sabtu,” katanya selepas mengesahkan laporan itu pada Sabtu.
Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Masjid Lama Seberang Batu Hampar, Rembau pada Sabtu.
Sumber – SinarHarian