Pilu!!! Lagi kes bunuh diri, mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah jejantas

Pilu!!! Lagi kes bunuh diri, mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah jejantas

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian pada 9.50 pagi.

“Satu mayat lelaki ditemui tergantung di bawah jejantas bersebelahan lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Mayat lelaki berusia 56 tahun itu telah diturunkan.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel https://www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia.

Sumber : FMT