Pilu!!! Lelaki ditemui mati keseorangan di rumahnya akibat Covid-19
Seorang lelaki yang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Setia, di sini, pada Ahad.
Mayat penjawat awam berusia 47 tahun dan masih bujang itu ditemui terbaring di dalam rumah seorang diri.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.58 malam daripada rakan mangsa yang meminta bantuan selepas lelaki terbabit gagal dihubungi beberapa kali.
“Rakannya bimbang sesuatu terjadi kerana mangsa ketika itu sedang menjalani kuarantin seorang diri di rumah akibat positif COVID-19.
“Pemeriksaan di rumah mendapati tiada kesan-kesan pencerobohan berlaku dan fizikal mangsa juga tidak mempunyai unsur jenayah.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut disebabkan Covid-19,” katanya.
Sumber – AstroAWANI