Pilu!!! [Video] Usaha anak perempuan menyelamatkan ibunya berakhir dengan tragedi

Pilu!!! [Video] Usaha anak perempuan menyelamatkan ibunya berakhir dengan tragedi

Menonton video kereta yang terjunam ke dalam tasik sangat menyayat hati. Kedua-dua anak dan ibu lemas.

Saya ada membaca bahawa anaknya berusia 20-an yang selamat telah berpatah balik menyelamatkan ibunya yang berusia 60-an.

Betapa hebatnya kasih anak ini kepada ibunya. Ya, Allah semoga syurgalah balasan kepada anak ini. Yang selalu kita baca dan kita dengar tentang pengorbanan kasih sayang ibu dan bapa kepada anak-anak sehingga sanggup bermati-matian.

Demi menyelamatkan si ibu, wanita dan anak hebat ini telah berpatah balik semula. Kisah begini, benar-benar membuatkan kita terharu.

Zaman ini yang selalu banyak kita dengar dan kita baca tentang penganiayaan anak pada ibu bapa. Saya sebagai peguam juga seringkali membaca laporan kes, anak menganiaya ibu bapa, menipu wang, mengabaikan, meninggalkan mereka. Sangat menyedihkan.

Kisah ibu dan anak ini, memberi satu penyampaian kasih sayang ibu dan anak yang sehingga ke syurga. Betapa kuatnya kasih sayang mereka dan semoga menjadi inspirasi kepada kita semua.

Berdasarkan laporan, mereka hendak pergi beriadah tetapi malang tidak berbau, tertekan pedal minyak dan kereta terus meluncur ke dalam tasik.

Kereta tersebut makin lama, semakin terbenam dengan beberapa lelaki hebat yang sama-sama bertarung nyawa cuba menyelamatkan nyawa anak-beranak ini. Namun, ajal telah menjemput kedua-dua mangsa ini dan mereka gagal diselamatkan.

Satu kisah yang akan kekal dalam ingatan saya. Kasih sayang ibu dan anak, keprihatinan dan pengorbanan lelaki-lelaki yang cuba menahan kereta dari terus terbenam dengan hanya menggunakan kudrat dan usaha mereka tanpa sebarang alatan. Mereka tidak langsung teragak-agak yang nyawa bakal jadi tarungan.

Semoga keberanian anak ini dan juga lelaki-lelaki ini sentiasa menjadi tauladan dan ikutan kita semua. Semoga damailah kedua-dua anak beranak ini. Al-Fatihah.

Credit : FB Nor Zabetha