“Pinjam RM400, dapat RM190 kena bayar RM22K” – Bekas penyewa dakwa dianiaya Ah Long, tampil buat laporan polis

“Pinjam RM400, dapat RM190 kena bayar RM22K” – Bekas penyewa dakwa dianiaya Ah Long, tampil buat laporan polis

Susulan kes rumah sewa disimbah dengan cat merah oleh individu dipercayai Ah Long, bekas penyewa rumah berkenaan tampil membuat laporan polis.

Dalam laporan polis yang dikongsikan di media sosial, Mohamad Faizal, 33, berkata dia membuat laporan itu selepas mendapati kes yang menimpa penyewa baharu itu tular di media sosial.

@meycuukaadinie

Assalamuaalaikum KPS.. Kejadian ni bru pertama kali kami alami Hampir tak brnafas dbuatnya.. kami bru brpindah di villa impiana tps ni bulan mei lalu.. rumah kami d simbah cat minyak d kunci gate dan di lekat kkan surat ugutan sperti yg sy lampirkan.. kepada ALONG yg simbah and ada mslh dgn penghutang sprti nama d atas ingin sy maklumkan kamu TERSALAH ORANG SEBB ORG YG KAMU CARLITU ADA LAH PNYEWA LAMA RUMAH NI. KAMI CUMA PENYEWA BARU n TIADA KNE MGENE NGAN ORG YG KAMU CARI.. knpa kami jd mangsa shingga kami hidup dim ketakutan ( g kpd yg mgenali pnama trsebut tIg slesai kn msIh kamu jgn la libatkn nyawa org lain yg x brslh.. Kami ni perantau mncari rezeki d tmpt org kami × sggup hdup ktakutan walhal bukan salah kami.. #fpppppppppppppp #viral #cikmisi

♬ bunyi asal – AMEY🎈 – AMEY🎈

Difahamkan, Mohamad Faizal pada 17 April 2023, pernah membuat pinjaman wang melalui aplikasi di telefon sebanyak RM400.

Bagaimanapun, dia hanya mendapat RM190 dan diminta membuat bayaran balik selepas 10 hari kemudian.

Selepas membuat bayaran penuh pada 9 Mei 2023, Mohamad Faizal mendakwa dia menerima mesej melalui WhatsApp yang menyatakan dia masih berhutang sebanyak RM1,800. Sekiranya dia gagal melangsaikan hutang itu, Ah Long berkenaan akan terus mengganggu dia dan keluarga.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohamad Faizal meminta bantuan daripada sebuah NGO dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pembayaran kepada pihak tersebut yang dipercayai ‘scammer’.

Namun sehingga ke hari ini, dia masih menerima pelbagai mesej/panggilan dari nombor yang tidak dikenali meminta dia menjelaskan hutang sebanyak RM22,000. Kegagalan berbuat demikian, Ah Long mengugut untuk membakar rumahnya.

Bimbang dengan ugutan yang diberi terhadap penyewa baharu yang tular di media sosial, Mohammad Faizal telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Terdahulu, seorang wanita bernama Rozanah tampil mendedahkan rumah sewanya disimbah dengan cat merah. Turut disertakan sekeping nota ugutan yang meminta Mohamad Faizal melangsaikan hutang yang tertungguk atau mereka akan membakar rumah tersebut.