Pintu peti sejuk tutup tak rapat punca getah dah rosak, boleh tukar sendiri sahaja, jimat dari bayar upah RM100

Peti sejuk bila dah lama guna akan timbul beberapa masalah. Salah satunya pintu peti sejuk tak rapat walaupun dah ditutup dengan betul.
Kadang-kadang ada yang terbuka sendiri. Punca pintu peti sejuk tak mahu tutup rapat ini adalah kerana getah di keliling pintu sudah rosak atau expired.
Ramai juga yang panggil tukang baiki untuk tukar tapi sebenarnya lagi jimat kalau kita tukar sendiri getah ini. Caranya dikongsi oleh Khairul Hafiz.
DIY tukar getah pintu peti sejuk yang expired
Kalau saya tak share benda ni, saya rasa bersalah pulak. Sebab bagi saya benda yang senang DIY wajib share untuk manfaat semua. Maklum lah, sekarang musim nak jimat.
Punca pintu peti sejuk tak rapat adalah sebab getah yang ada sekeliling pintu sudah expired. Cara pasang sangat mudah. Paling tidak boleh jimat 100 lebih utk upah pasang getah nie. Banyak jugak tu. Saya tunjukkan caranya satu demi satu.
1. Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul expired. Tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya. Boleh beli getah untuk ganti melalui Shopee. Tapi sebelum pesan, chat dulu dengan seller untuk pastikan model dan jenis peti sejuk. Setiap pintu ukuran tak sama.
2. Inilah rupa getah yang dibeli.
3. Langkah pertama untuk cabut getah adalah dengan tarik dari penjuru atas macam dalam gambar. Tarik saja sampai getah tercabut. Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.
4. Ini keadaan getah yang asal.
5. Cara pasang getah yang baru pulak. Mulakan dari penjuru, tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Kemudian baru tekan tempat yang lain. Ini untuk elak getah terlebih saiz di bahagian penjuru. Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.
5. Ok dah siap!
Semoga bermanfaat