Pintu sempadan bolos lagi, Timbalan Menteri PAS didakwa nikah di Siam semasa PKP
BERTANI ITU SATU IBADAH
Seorang isteri bukan seperti sehelai kain buruk pengesat kaki. Hanya disanjung sewaktu perlu untuk memuaskan nafsu. Nikah kahwin perlu jelas. Perlu mengikut undang-undang agar apa-apa terjadi kepada usia perkahwinan ianya boleh diadili oleh pihak mahkamah berkaitan.
Tindak tanduk seorang suami biar sepadan dengan apa yang dipamirkan sehingga seorang wanita boleh terpikat dan sudi menjadi isteri.Jika berjanji ingin membimbing, tunaikan janji..!
Kalau alim,biarlah alim juga dalam rumah tangga. Bimbinglah sebagaimana dijanjikan kepada seorang mualaf. Jangan jadi syaitan yang bertopeng manusia. Menzalimi kaum yang lemah. Mutaah dijadikan alasan meniduri saudara baru agama kita.
Dalam hal paparan dibawah,diminta pihak yang berwajib dengan bidang kuasa masing-masing diminta menyiasat identiti individu yang terpapar:-
1.Adakah benar ianya rakyat malaysia?
2. Bagaimana beliau boleh melepasi sempadan negara sedangkan pintu sempadan negara Malaysia dan Thailand ditutup buat masa sekarang?
3. Jika sekiranya pasangan pengantin berada di Malaysia dan pernikahan dilakukan secara online dengan jurunikah pula berada di Thailand,adakah dari segi undang-undang negara ini adakah ianya dibolehkan?
4. Adakah sah pernikahan itu dengan menggunakan wali am dari Thailand sedangkan kedua-dua pengantin jika sekiranya dari Malaysia,hanya Sultan atau Raja diberi hak sebagai wali hakim dan memperturunkan kuasanya kepa jurunikah yang secara sah dilantik?
5. Apakah modus operandi yang menganiayai wanita dengan cara begini akan dibiarkan berlarutan dan menjadi contoh kepada masyarakat SEKIRANYA ianya dilakukan pembesar negara bertaraf kayangan?
6. JIKA sekiranya,pelaku merupakan orang penting kepada sebuah parti politik yang mendakwa islam diletakan sebagai matlamat perjuangan,adakah adil membiarkan kejadian ini berlaku?
Perempuan yang menjadi mangsa kepada lelaki ini merupakan seorang punjabi/singh asalnya dan memeluk agama islam yang kemudiannya hidup dalam mutaah selama 6 bulan sebagaimana didakwanya.
Pada 1 Jun 2021 barulah menikah secara online dengan imam Thailand. Apa yang diinginkan oleh mualaf ini ialah keadilan untuknya.
7.Jika pelaku adalah seorang pengubal undang-undang,wajarkah contoh tauladan yang ditunjukan ini kepada masyarakat?
Sumber – FB