Pintu terkunci dari dalam, guna kaedah ini untuk buka semula, memang jadi
Alamak! Pintu terkunci dari dalam pulak, macam mana nak masuk rumah ni? Ini mungkin situasi yang kebanyakkan dalam kalangan kita hadapi iaitu masalah pintu terkunci dari dalam.
Berjam-jam cubaan untuk masuk ke dalam rumah akhirnya hampa apabila tombol pintu masih tidak boleh dibuka. Macam mana nak buat?
Selain menggunakan kad atau pembaris, sebenarnya anda juga boleh menggunakan kertas sebagai salah satu teknik untuk ‘unlock’ pintu tersebut. Nak tahu macam mana? Jom kita tengok tutorial ini.
MACAM MANA BUKA PINTU TERKUNCI DARI DALAM GUNA KERTAS?
1. Cari kertas yang agak keras. Jangan gunakan kertas biasa kerana akan mudah terkoyak.
2. Lipat kertas tersebut menjadi bentuk segi empat.
3. Kemudian, gunakan bucu kertas tadi dan tolak masuk di celah-celah pintu sehinggalah terkena pada kuncinya.
4.Bila terkena pada kekunci, tombol pintu biasanya akan terbuka dengan sendiri.
Untuk pengetahuan anda, kaedah ini adalah sama dengan teknik menggunakan kad atau pembaris. Tetapi, tidak salah juga untuk anda cuba menggunakan kertas kan?