PKP 3.0 bakal berlanjutan 2 minggu lagi tatkala pelan bantuan holistik kepada rakyat semakin kabur

PKP 3.0 bakal berlanjutan 2 minggu lagi tatkala pelan bantuan holistik kepada rakyat semakin kabur

Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871, kata Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob.

“Senarai positif/negatif dan SOP bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata Kementerian Kesihatan membentang dan mencadangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

Senarai positif/negatif dan SOP boleh dirujuk di laman sesawang kementerian berkaitan. Maklumat lanjut boleh didapati di laman MKN.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/11/pkp-3-0-disambung-2-minggu-lagi/