PKP3.0 plus : Netizen mahu Muhyiddin kotakan janji dakwa kluster kayangan sebelum mangsakan rakyat
Arahan baru kerja dari rumah bagi perintah kawalan pergerakan (PKP3.0) yang diperketat dijangka melibatkan hampir tujuh juta pekerja di sektor swasta dan awam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri hari ini.
Langkah ini akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan Labuan mulai 25 Mei.
Arahan ini, jelas Ismail melibatkan 80 peratus kakitangan awam dengan 750,000 pekerja dan 40 peratus di sektor swasta melibatkan lebih enam juta pekerja.
Katanya, SOP baru itu sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dengan mengurangkan waktu operasi premis komersial dari jam 10 malam hingga 8 malam sebelumnya.
Di jalan raya, katanya pihak berkuasa akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya bersama dengan peningkatan pemantauan oleh semua agensi yang diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP PKP.
Dia berkata demikian pada sidang media bersama dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini. – MK