PM jamin darurat ini bukan satu rampasan kuasa tentera

PM jamin darurat ini bukan satu rampasan kuasa tentera

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pengisytiharan darurat di seluruh negara yang mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong bukanlah satu rampasan kuasa tentera.

Jelasnya, kerajaan orang awam akan terus berfungsi.

Menurut perdana menteri, kerajaan memerlukan kuasa tertentu melalui pengisytiharan darurat yang dapat membantu langkah membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan hari ini.

“Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan,” kata Istana Negara.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/558564