PN : Best dan Bersih, rupanya pelaku seks guna objek terhadap pegawai bank wanita merupakan seorang pemimpin Bersatu

Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 Julai ini bagi sebutan kes seorang ahli perniagaan yang dituduh melakukan seks menggunakan objek ke atas seorang pegawai bank di dalam tandas wanita sebuah kelab, Januari lalu.
Tertuduh, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin merupakan bekas pengarah logistik dan keselamatan gerak gempur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Shah Alam dihadapkan ke mahkamah pada 11 Mei lalu atas tuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, Wan Mohammad Ashraf ,42, didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan objek terhadap seorang wanita berusia 25 tahun 11 bulan tanpa kebenarannya di dalam tandas wanita di sebuah kelab di Jalan Bukit Bintang di sini pada 5 pagi, 2 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.