‘Poligami yang memecah-belahkan itu bukan mengikut sunnah’ – Ibu Syamsul Yusof

‘Poligami yang memecah-belahkan itu bukan mengikut sunnah’ – Ibu Syamsul Yusof

 

Berita tentang pelakon Puteri Sarah Liyana menfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof disebabkan krisis rumah tangga yang dialami sejak 4 tahun lalu termasuklah pernikahan pengarah tersohor itu dengan Ira Kazar di Thailand telah mendapat perhatian ramai.

Difahamkan, perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar tidak mendapat restu daripada keluarga pengarah tersebut termasuklah ibunya, Datin Patimah Ismail.

Pesanan ibu tentang poligami

Bertitik tolak daripada tindakan Puteri Sarah yang menfailkan penceraian, Datin Patimah telah memuat naik satu ‘quotes’ yang diperoleh dari Instagram majalahnona berkenaan poligami yang memecah belahkan rumah tangga.

Tak restu perkahwinan kedua Syamsul

Perkongsian itu berkemungkinan rentetan daripada tindakan menantunya Puteri Sarah yang menfailkan cerai terhadap anaknya, Syamsul selepas dikhianti dan bernikah lagi tanpa izin isteri pertama serta mahkamah syariah.

Datin Patimah yang sebelum ini kerap menyuarakan sokongan kepada Puteri Sarah dengan terang mengatakan tidak menerima Ira Kazar sebagai menantu dan tidak akan memaafkan keluarga pelakon senior, Kazar Saisi kerana membuatkan menantu serta cucu-cucunya menderita.

Untuk rekod, prosiding pertama untuk tuntutan cerai antara Puteri Sarah dan suaminya akan bermula sehari sebelum hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan iaitu 8 Mac 2023.

Pelakon itu yang hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam ditemani adik-beradiknya telah menyatakan keputusan dibuat adalah muktamad dan tiada peluang kedua lagi untuk suaminya.