Polis dedah punca lelaki hilang ketika COD iPhone pada customer, bukan diculik rupanya..

Polis dedah punca lelaki hilang ketika COD iPhone pada customer, bukan diculik rupanya..

Beberapa hari lepas, tular di media sosal berhubung kehilangan seorang lelaki sejurus selepas COD iPhone kepada pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudara lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Eyraswan Ramadhan di Instagram miliknya.

Katanya, lelaki bernama Daniel yang hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon pintar itu dilaporkan telah dijumpai dalam keadaan selamat.

Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa muka dan badan anak saudaranya itu berada dalam keadaan teruk serta trauma dengan kejadian yang menimpa terhadap dirinya.

Bukan hilang tapi bersembunyi daripada pemungut hutang

Bagaimanapun, dalam perkembangan baharu, polis melaporkan lelaki ‘hilang’ itu sebenarnya menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan rakaman keterangan yang dilakukan selepas lelaki berusia 27 tahun terbabit tampil membantu siasatan.

Jelasnya, lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya.

Terdahulu, pihak polis telah meminta mangsa yang didakwa hilang untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan.

Tambahan pula, tiada laporan berhubung kejadian samun mahupun jenayah lain yang dilaporkan daripada pihak Daniel.