Polis perlu jelaskan kenapa Eina Azman diberi kebenaran rentas negeri ambil vaksin di Ipoh, bukannya di KL

Polis perlu jelaskan kenapa Eina Azman diberi kebenaran rentas negeri ambil vaksin di Ipoh, bukannya di KL

Tiada angin tiada ribut, kecoh perkongsian seorang individu di media sosial mengenai pelakon Datin Eina Azman yang didakwa memotong barisan untuk mendapatkan vaksin Pfizer.

Malah, individu itu turut mendakwa Eina mendapatkan vaksin di Ipoh sedangkan pelakon itu menetap di Kuala Lumpur. Difahamkan, Eina juga ada memuat fotonya selepas menerima vaksin.

Menurut individu itu lagi, untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara berkenaan hasil tinjauan mendapati ada beberapa netizen turut mempersoalkan perkara sama di ruangan komen perkongsian pelakon itu.

Tidak kurang juga, ada netizen berpendapat tidak adil jika benar pelakon itu memotong barisan untuk mendapatkan vaksin Pfizer.

Kata individu lagi, tidak lama kemudian Eina bertindak memadam perkongsiannya itu. Dakwanya lagi, perkongsian Eina di Insta Story memaparkan perjalanannya ke Ipoh juga turut dipadam.

Dalam pada itu, individu itu berkata dia mahu penjelasan Eina berhubung perkara berkenaan kerana merasakan tidak adil jika benar dakwaan tersebut memandangkan ramai golongan yang lebih memerlukan suntikan Pfizer. – RTKY