Polis rampas dua seluar dalam wanita bagi membantu siasatan

Polis rampas dua seluar dalam wanita bagi membantu siasatan

 

Kegiatan mencuri seluar dalam wanita yang dilakukan oleh seorang lelaki di sebuah kawasan perumahan akhirnya mengundang padah selepas dia ditahan pihak polis di Petaling Jaya pada 23 Februari (Khamis) lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut kira-kira 6.44 petang, pada 23 Februari lepas.

Suspek warga tempatan, 2 helai seluar dalam turut dirampas

Suspek, seorang warga tempatan berusia 44 tahun kemudiannya berjaya ditahan pada hari sama sekitar jam 8.27 malam.

“Pihak polis turut merampas dua helai seluar dalam wanita untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kata beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek akan dibawa ke hadapan majistret 2 Mac untuk dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelas Fakruddin.