Polis sahkan sedang siasat video pesta liar pengunjung taman tema di Perak

Polis sahkan sedang siasat video pesta liar pengunjung taman tema di Perak

Polis Ipoh sedang meneliti fakta prosedur operasi standard (SOP) dan individu yang terbabit dalam video tular di sebuah taman tema air di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah mengesan video yang memaparkan aktiviti riadah sekumpulan pengunjung di taman tema air.

“Video itu disebarkan di media sosial yang mana telah mendapat perhatian masyarakat umum.


Yahaya berkata, pihak pengurusan taman tema itu memaklumkan kapasiti kolam boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa.

“Kata mereka (pihak pengurusan), semasa kejadian kapasiti tidak sampai 50 peratus,” katanya.

Ujarnya lagi, pihak polis turut menyiasat sama ada terdapat ketidakpatuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, oleh mana-mana pihak dalam kejadian ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video yang boleh menjejaskan enkuiri pihak polis.

Terdahulu, tular video yang memaparkan sekumpulan individu sedang melakukan aktiviti riadah air di sebuah taman tema, sambil berjoget.

Sumber – suaraperak