Polis tahan selebriti lelaki lakukan amang seksual sama jenis
Seorang selebriti lelaki ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, mengesahkan penahanan suspek yang berusia lingkungan 40-an, menurut Harian Metro.
Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang mendakwa menjadi mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Semua remaja terbabit dikenali suspek yang dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis.
Suspek dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan reman selama enam hari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.