“Posing sakan depan pagar” – Peminat warga Indonesia teruja dapat tengok kediaman Siti Nurhaliza

“Posing sakan depan pagar” – Peminat warga Indonesia teruja dapat tengok kediaman Siti Nurhaliza

Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza adalah satu nama yang cukup gah dalam industri seni hiburan tanah air. Bukan setakat di Malaysia, malahan negara jiran kita, Indonesia juga turut kagum dengan nyanyian TokTi ni.

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang warga Indonesia yang berkunjung ke Malaysia dan singgah dihadapan rumah TokTi.

Memang nampak seronok betul peminat dari Indonesia tu bila nampak rumah TokTi. Korang boleh tengok video reaksi warga Indonesia tu dalam video @IniAlalalannn di bawah.

Excited betul!

Orang kalau dah minat dengan penyanyi atau mana-mana artis, macam-macam reaksi yang kita boleh nampak. Contohnya warga Indonesia ni, bukan main excited sampai terlompat-lompat dapat tengok rumah TokTi. Min pun tersengih je tengok reaksi dia.

Screenshot 2023 05 06 At 12.50.21 PmMungkin ada antara korang yang tahu dan pernah lalu depan rumah TokTi ni. Lepas ni boleh lah bergambar depan rumah beliau pulak kan. 

Screenshot 2023 05 06 At 12.50.44 PmBiasalah tu jerit panggil TokTi walaupun dalam kereta. Kalau min tahu rumah TokTi kat mana, min pun nak lalu dan jerit panggil nama TokTi dari dalam kereta. 

Screenshot 2023 05 06 At 12.51.00 PmKannn… kalau ada rezeki dia, silap-silap TokTi panggil masuk rumah. Terbang jauh-jauh, dapat tengok rumah pun dah excited sangat-sangat kan. 

Sebenarnya, TokTi tahu je kalau korang panggil dari luar rumah. Tak percaya, korang tengok video penjelasan beliau kat bawah ni.