Pramugari tertekan, gaya hidup bebas akhirnya makan diri setelah disahkan hamil

Pramugari tertekan, gaya hidup bebas akhirnya makan diri setelah disahkan hamil

 

Seorang pramugari telah berkongsi kisah mengenai liku-liku kehidupannya secara ‘anonymous‘ di sebuah portal dalam talian. Kami akan kongsikan kisahnya di sini supaya dapat menjadi pedoman buat semua.

Wanita tersebut, juga dikenali sebagai Sophie, telah menyertai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa terkenal ketika dia berusia 19 tahun. Sekarang, dia sudah berusia 20 tahun.

Dalam tempoh setahun, dia telah mengembara ke seluruh dunia dan menjalani kehidupan yang sangat mewah.

“Ketika saya berhenti di bandar-bandar tertentu, saya selalunya akan pergi ‘dating‘ secara santai. Saya suka bermain mata dengan lelaki yang kacak semasa menunggu penerbangan pulang.

“Syarikat penerbangan pula akan ‘check-in‘kan saya di hotel mewah. Jadi, setiap malam, ramai lelaki akan datang meluangkan masa dengan saya dalam hotel tersebut.

“Tiba-tiba, saya dapati ‘period’ saya lewat. Saya buat ujian serta merta dan keputusannya, saya hamil. Kemudian saya periksa lagi sekali dan keputusannya sama.

“Pada waktu itu, saya masih relaks. Menurut pengiraan, mengandung ketika bersama dengan seorang lelaki di London,” kata Sophie.

Bagaimanapun, di London, Sophie berkata, dia telah bersama 3 orang lelaki yang berbeza. Semuanya ditemui di ‘dating app’.

“Ada seorang lelaki putih Afrika Selatan, seorang lelaki Nigeria yang lahir di Britain, dan lelaki lain dari Argentina.

“Satu sahaja perkara yang mengganggu fikiran saya, saya tidak tahu siapakah ayah bayi ini. Saya tahu saya membuat kesilapan besar, tetapi saya tidak sanggup untuk menggugurkan bayi ini,” katanya.

Tambah Sophie, dia juga ingin fokus pada karier dan memantapkan kewangan diri sebelum mempunyai anak. Malah, dia juga ingin berkahwin dan bukannya hamil dengan cara begini.

“Saya tahu masa sangat penting ketika membuat keputusan, tetapi saya benar-benar keliru. Saya takut untuk memberitahu sesiapa pun, kecuali 2 orang sahabat terdekat saya.

“Saya takut perkara ini akan memusnahkan hidup saya. Jika saya memiliki bayi ini, saya terpaksa berhenti kerja dan mencari cara lain untuk menyara hidup,’ katanya.

Kata Sophie, dia juga tidak sanggup untuk menggugurkan anak berkenaan kerana takut akan rasa bersalah sepanjang hayatnya.

Menurut pakar, seorang wanita yang aktif melakukan hubungan seks haruslah menggunakan perlindungan yang secukupnya.

Malah, sebagai wanita muda, wanita berkenaan sangat mudah dimanipulasi oleh lelaki yang lebih berusia.

“Saya berdoa untuk keselamatannya dan berharap dia membuat pilihan yang betul. Membesarkan seorang anak bukanlah perkara yang mudah dan ia datang dengan banyak tanggungjawab.

“Mendengar kisah anda, nampaknya anda tidak bersedia untuk merawat anak dalam jangka panjang. Jika anda boleh mendapatkan bantuan dari keluarga anda, inilah masanya,” kata pakar.