Preview perlawanan separuh akhir AFF : Ketahui cara elakkan penalti di Thailand

Preview perlawanan separuh akhir AFF : Ketahui cara elakkan penalti di Thailand

Pasangan suami isteri, wali atau mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah di Thailand boleh dikenakan penalti atas kesalahan jenayah syariah.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, walaupun nikah poligami di Thailand nampak mudah dan ringkas, namun pasangan perlu berdepan dengan implikasi yang lebih sukar setelah pulang ke Malaysia.

Menurutnya, berdasarkan Seksyen 123 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, jika seorang lelaki berkahwin lagi tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada mahkamah terlebih dahulu, maka dia telah melakukan kesalahan.

“Dia hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Perkahwinan seorang perempuan pula perlu mendapatkan kebenaran pendaftar nikah. Jika tiada kebenaran maka ia adalah satu kesalahan.

“Tiada perkahwinan boleh berlaku melainkan mendapatkan kebenaran pendaftar di bawah Seksyen 17 atau oleh hakim syariah di bawah Seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan wanita yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

“Atau kebenaran berkahwin tersebut telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang wanita yang bermastautin di negeri itu,” katanya.

Ujar beliau, wali, bapa atau sesiapa sahaja yang hadir dalam majlis akad nikah juga boleh didakwa atas kesalahan bersubahat.