PRN Johor, Amanah korbankan Puteri Wangsa dan 3 kerusi lain kepada MUDA

PRN Johor, Amanah korbankan Puteri Wangsa dan 3 kerusi lain kepada MUDA

MUDA akan bertanding di enam kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pembahagian kerusi itu adalah bagi memastikan tidak berlaku pertindihan antara calon tiga parti berkenaan di setiap kawasan di Johor.

Enam kerusi yang akan ditandingi MUDA ialah di Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Menurut laporan portal FMT, ketiga-tiga parti itu membuat keputusan itu selepas mengadakan rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Berikut kedudukan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14):

Amanah DAP dan MUDA juga akan menumpukan usaha dan tenaga untuk memenangkan setiap calon serta bersama-sama menubuhkan kerajaan Johor bagi membantu rakyat mencapai impian mereka.

“Ini bermakna bagi menghadapi PRN Johor, Amanah, DAP Dan MUDA bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya walaupun MUDA tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Ini serasi dengan prinsip “khemah besar” untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia bagi melawan kerajaan BN/PN,” katanya.

Dalam rundingan itu, DAP memberikan dua kerusi kepada MUDA iaitu Machap and Bukit Permai manakala Amanah memberikan empat kerusi.

DAP akan bertanding di semua 14 kerusi yang disandang sebelum ini.