PRN Johor, punca sebenar kemarahan Pas terhadap UMNO akhirnya didedahkan

PRN Johor, punca sebenar kemarahan Pas terhadap UMNO akhirnya didedahkan

Umno Johor menafikan khabar angin mengatakan ia membuat tawaran baharu berhubung pengagihan kerusi kepada PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Sebaliknya Setiausaha Umno Johor Samsolbari Jamali berkata, dakwaan kononnya PAS membuat tuntutan sejumlah kerusi untuk bertanding menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) hanyalah “cerita lama”, demikian didedahkan portal FMT.

“Umno Johor tidak membuat sebarang tawaran baharu kepada PAS untuk bertanding menerusi MN pada PRN Johor.

“Desas-desus mengatakan Umno menawarkan empat kerusi kepada PAS dengan parti itu sebaliknya menuntut sejumlah 20 kerusi, adalah cerita lama dan tiada kena mengena lagi malah ia tidak perlu digembar-gembur semula.

“Bagaimanapun kepimpinan tertinggi masih belum membuat keputusan sebarang kerjasama bersama parti atau gabungan lain termasuk dengan PAS, apatah lagi akar umbi mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada PRN Johor.

“Setakat ini juga tiada rundingan dilakukan dengan PAS,” katanya.

Semalam, Umno dan BN dilaporkan masih belum memuktamadkan sama ada akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN Johor nanti.

Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, dipetik sebagai berkata, buat masa ini perkara itu masih lagi diteliti secara mendalam.

Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani notis untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad yang membuka jalan kepada pilihan raya diadakan sebelum 23 Mac.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam hantarannya di dalam FB rasminya semalam turut mengesahkan dakwaan Pas hanya diberikan 4 kerusi untuk dipertandingkan sempena PRN Johor adalah karut.

Menurut MB Kedah itu lagi, sehingga kini masih tiada pertemuan di adakan antara Pas dan UMNO bagi membincangkan hal pembahagian kerusi pilihanraya.

Malah dia turut menyelar sikap UMNO yang sanggup berbohong bertujuan membangkitkan kemarahan ahli Pas dengan tujuan mencipta perpecahan sesama gabungan parti Melayu terbesar di negara itu.