PRN2023: PH-BN ada peluang menang besar, kata penganalisis politik

PRN2023: PH-BN ada peluang menang besar, kata penganalisis politik

 

Menjelang sehari sebelum pengundian peluang untuk Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini dilihat lebih besar.

Perkara itu dinyatakan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil yang melihat kerjasama PH-BN hanya memerlukan 75 peratus undi untuk menang pada PRN kali ini.

“Jika 25 peratus masih protes kepada UMNO-BN maka persaingan sengit akan berlaku antara PH-BN dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada BH.

Justeru, katanya undi kepada UMNO-BN akan menjadi penentu kemenangan gabungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Mengulas lanjut, katanya Pulau Pinang masih kekal milik PH yang menjadi kubu kuat parti itu lebih sedekad lalu.

“Kekuatan PH juga di kawasan bandar dan semi bandar di Selangor dan PN perlu bekerja keras untuk dapat sokongan di kawasan pengundi majoriti Melayu begitu juga di Negeri Sembilan,” katanya.

Jamaie berkata, PN dilihat bergantung pada undi protes UMNO-BN seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini.

Justeru, katanya isu bersih (bebas rasuah) yang dijadikan modal kempen PN gagal meyakinkan pengundi protes UMNO-BN.

” Ini menjadi satu faktor peralihan undi boleh berlaku dengan lancar kepada PH-BN,” katanya.