PU Syed tegur artis & bekas tunang VIP, “Cukuplah netizen dihidangkan gaya haram pergaulan masa kalian seronok bercinta”

PU Syed tegur artis & bekas tunang VIP, “Cukuplah netizen dihidangkan gaya haram pergaulan masa kalian seronok bercinta”

 

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PUSyed menegur tindakan seorang artis dipercayai wanita dan bekas tunangnya yang tiada segan silu membuka aib masing-masing di media sosial.

PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, Allah SWT telah menutup aib hambaNya supaya tidak dilihat oleh orang lain tetapi mereka sendiri memilih untuk mendedahkan sisi tersebut kepada umum.

“Nasihat saya kepada artis dan bekas tunangnya yang VIP tu, cukup-cukuplah saling mendedahkan keaiban masing-masing sampai segala perkara aib kalian dikongsi kepada umum.

“Allah menutup aib seseorang hambaNya sehinggalah manusia itu sendiri membuka aib mereka,” tulis pendakwah berusia 41 tahun itu.

PU Syed berkongsi teguran tersebut menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini.

Sementara itu, dia berkata cukuplah warganet melihat kisah percintaan pasangan terbabit sebelum ini sehingga mendedahkan keburukan selepas hubungan kedua-duanya terlerai di tengah jalan.

“Cukuplah netizen dihidang dengan gaya haram pergaulan bebas kalian semasa seronok bercinta dulu.. kini janganlah netizen dihidangkan pula dengan rahsia yang tak sudah-sudah didedah saban hari,” katanya.

Pada masa sama, PU Syed menasihati artis wanita dan bekas tunangnya itu meneruskan kehidupan seperti biasa dan bertaubat kepada Allah SWT.

“Teruskanlah hidup kalian, dan bertaubatlah kepada Allah Azzawajjal,” ujarnya.

Sejak dua minggu lalu, pasangan berkenaan dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga membabitkan isu ‘tidur bersebelahan’ sekali gus dianggap tiada sifat malu dalam diri.