Puteri Sarah dedah dah setahun Syamsul tak bagi…

Puteri Sarah dedah dah setahun Syamsul tak bagi…

 

Hari ini hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah dalam prosiding sebutan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Memetik BH OnlinePuteri Sarah meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Syamsul enggan menceraikannya kerana percaya masih ada sinar untuk berdamai.

Mendesak supaya dirinya dilepaskan, Puteri Sarah berkata semuanya sudah terlambat seandainya suaminya itu baru tersedar akan kehilangan dirinya.

“Lepaskan sahaja saya. Sudah ada isteri baharu dan tak mengambil endah pasal saya, kenapa tiba-tiba baru hari ini nak tersedar? Saya memang tak nak.

“Kalau baru hari ini nak tersedar yang akan kehilangan isteri, sudah terlambat. Perbincangan sepatutnya berlaku tiga tahun lepas.

“Saya hanya mahu dilepaskan dan ingin meneruskan kehidupan baharu. Saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadapnya,” katanya.

Dalam pada itu, aktres itu juga mendedahkan Syamsul juga tidak tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami serta pelik dengan tindakan Syamsul yang tidak mahu melafazkan talak.

“Kita sudah lama tidak seperti suami isteri. Dia juga sudah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Dia sepatutnya terkejut dengan tindakannya sendiri yang secara tiba-tiba tak mahu bercerai. Kita semua mengharapkan semuanya selesai (bercerai),” katanya.