Puteri Sarah dedah perancangan ‘plan B’ jika Syamsul enggan ceraikannya

Puteri Sarah dedah perancangan ‘plan B’ jika Syamsul enggan ceraikannya

Puteri Sarah Liyana mempunyai beberapa pilihan mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi menuntut cerai daripada suami, Syamsul Yusof, andai pengarah kontroversi itu enggan melepaskannya.

Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata proses tuntutan cerai boleh diteruskan biarpun Syamsul enggan melepaskan plaintif pada hari sebutan kes terbabit pada 7 Mac depan.

“Mengikut prosedur, kalau defendan (Syamsul) hadir pada hari itu (7 Mac depan) dan setuju untuk lafazkan cerai, perceraian antara mereka boleh berlaku.

“Pada peringkat ini, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan. Kalau berjaya, kita akan teruskan perceraian. Jika gagal, kita rujuk pula kepada hakam keluarga.

Memetik Berita Harian, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula didengari sejak empat tahun lalu dan dikatakan sampai ke kemuncak apabila Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam. Foto NSTP Aswadi Alias

Semalam, Puteri Sarah yang ditemani dua adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta Akberdin, memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.

Permohonan terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebelum ini, tahap kemarahan dan kekecewaan Puteri Sarah susulan pendedahan Syamsul yang sudah menikahi pelakon, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu, bagai sampai ke kemuncak apabila dia secara terbuka meminta suami melepaskannya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Puteri Sarah yang membintangi drama bersiri Aku Seorang Perempuan, mendedahkan tujuan meminta cerai kerana tidak sanggup hidup bermadu.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, namun, anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan dan Summayah, tiga tahun.

Melalui kaedah ini, jika suami masih enggan melafazkan talak, hakam akan dilantik bagi mengambil kuasa melafaz talak suami dan seterusnya melafazkan cerai jika alasan yang dinyatakan isteri wajar dan munasabah mengikut peruntukan undang-undang.

Berbanding fasakh yang perlu melalui perbicaraan secara terbuka, proses hakam hanya membabitkan perbincangan di peringkat pertama melalui JKP, iaitu suami dan isteri boleh melantik wakil daripada ahli keluarga atau sesiapa mengetahui masalah dihadapi pasangan melalui proses perbicaraan.