Puteri Sarah minta dilepaskan, tidak rela hidup bermadu

Puteri Sarah minta dilepaskan, tidak rela hidup bermadu

 

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampak gayanya bakal menemui titik noktah apabila aktres berusia 38 tahun itu memuat naik hantaran berupa ‘bayangan’ mereka akan bercerai.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengaku dia sudah penat menunggu pengarah tersohor itu untuk tampil berbincang mengenai masalah rumah tangga merek.

Puteri Sarah minta cerai

Susulan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meminta agar suaminya melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu bersama anak pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu.

Terdahulu, Syamsul memuat naik gambar pernikahan sewaktu menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza di laman Instagram dengan menitipkan pesanan agar kedua-dua isterinya bersabar serta bertenang.

Malah, Puteri Sarah menerusi Insta Story miliknya sebentar tadi meluahkan kekecewaan dan menasihati suaminya tidak menyakiti atau melukakan hati anak-anak serta menjaga perasaan mereka.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.