Puteri Sarah pula fail tuntutan nusyuz terhadap Syamsul Yusof, dakwa tiada sikap tanggungjawab

Puteri Sarah pula fail tuntutan nusyuz terhadap Syamsul Yusof, dakwa tiada sikap tanggungjawab

Konflik rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof terus berpanjangan apabila kali ini aktres itu memfailkan nusyuz terhadap suaminya pula.

Melalui peguamnya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, Sarah memfailkan nusyuz terhadap Syamsul, 39, kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Dalam pada itu, pihaknya juga memasukkan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul sebelum ini.

“Puteri Sarah juga ada alasan kenapa dia memfailkan nusyuz. Ia berkenaan tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

“Berkaitan dengan jawapan nusyuz, secara ringkasnya kami katakan tidak berasas. Anak guam saya (Puteri Sarah) menafikan semua tuduhan yang telah dilemparkan,” katanya kepada mStar.

Wakil peguam kepada kedua-dua pihak hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Isnin.

Puteri Sarah tegas minta diceraikan.

Puteri Sarah fail nusyuz.

Peguam kepada Syamsul pula iaitu Azmi Rais memberitahu pihak mereka akan meneliti tuntutan nusyuz yang dikemukan Puteri Sarah dan akan memberi jawapan balas.

“Pihak Syamsul akan meneliti tuntutan dan masukkan jawapan,” jelasnya.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dan Syamsul bagaimana tidak hadir.

Puteri Sarah selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.

peguam puteri sarah

Datuk Akberdin (dua dari kanan) mewakili Puteri Sarah.

Syamsul memfailkan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah pada 21 Mac lalu.

Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki yang berstatus suami orang.

Kemudian pada 6 April lalu hakim meminta Puteri Sarah mengemukakan pembelaan terhadap dakwaan Syamsul itu.

Hakim menetapkan sebutan semula kes nusyuz mereka pada 14 Jun depan.