Puteri Sarah tegas mahu teruskan saman
Melalui hantaran terbaru Puteri Sarah di Instagram Story, pelakon itu memberitahu akan tetap memfailkan saman terhadap bekas menantu aktor senior, Kazar Saisi.
Menurut pelakon terbabit, tindakan ini adalah sebagai pengajaran buat individu tersebut agar tidak mengulang kesilapan sama.
Bahkan, Sarah berkata jika dia hanya mendiamkan diri, kemungkinan besar wanita terbabit akan terus-menerus ganggu hidupnya dan seronok berbuat demikian.
Difahamkan, kini bekas isteri kepada Syamsul Yusof sedang bercuti bersama anak-anak Syaikhul Islam dan Sumaiyyah di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini, sikap bekas menantu Kazar yang bekerja sebagai seorang ejen insurans itu telah membuat Puteri Sarah berasa dan merasakan dia tidak bersyukur pelakon itu menarik saman terhadap keluarga Kazar.