Puteri Sarah tegaskan tak mungkin jumpa Ira Kazar, masih di Mekah

Puteri Sarah tegaskan tak mungkin jumpa Ira Kazar, masih di Mekah

 

Kontroversi melibatkan rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dengan suami dan madunya masih menjadi perhatian walaupun dilihat sedikit lega apabila selebriti berkenaan pergi menunaikan umrah.

Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan yang Puteri Sarah akan bertemu dengan Ira Kazar dan bersemuka untuk membincangkan isu yang sedang tular.

Khabar angin kata Puteri Sarah bakal jumpa madu

Namun begitu, desas desus berkenaan sama sekali tidak tepat dan pelakon drama Sabarlah Duhai hati itu menafikan perkara tersebut.

Masih berada di Mekah

Ujarnya, dia mengetahui hal terbabit susulan ramai yang memberitahunya. Namun, dia merasakan khabar angin tersebut sebagai sesuatu yang lucu kerana perkara berkenaan tidak akan berlaku.

Dia juga menjelaskan masih berada di Mekah dan meminta netizen untuk bersabar.

“Ramai bagitahu Sarah ni. Adoiiii funny. Tak mungkin terjadi. Also I’m still in Mekah. Chill netizens. Creative betul cerita,” tulisnya.

Semoga balik nanti dengan semangat baru

Dalam pada itu, menerusi posting terbaru Sarah di Instagram, dia memaklumkan sudah membacakan doa-doa yang dikirim oleh kenalan serta peminat dan berharap supaya kedatangannya ke Tanah Suci bukanlah kali yang terakhir.

Dia juga berharap supaya keadilan akan diterima apabila pulang nanti serta mahu ‘move on’ dari semua masalah dengan semangat yang baru.

 

Untuk rekod, masalah rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof menjadi perbualan umum apabila pelakon itu mendedahkan bahawa perkahwinannya diganggu orang ketiga sejak beberapa tahun lalu.

Kemuncak daripada masalah tersebut adalah pengakuan Syamsul yang sudahpun mendirikan rumah tangga dengan anak kepada aktor senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.