Puteri Sarah tempelak Syamsul, “Hello bro, if I tunjuk video tak senonoh U dengan Ira, lagi teruk kot..”

Puteri Sarah tempelak Syamsul, “Hello bro, if I tunjuk video tak senonoh U dengan Ira, lagi teruk kot..”

 

Pelakon, Puteri Sarah tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya, pengarah Syamsul Yusof berkenaan nusyuz.

Tarik nusyuz?

Menurut Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat, 38, sekiranya dia menfailkan nusyuz ke atas Syamsul, ia adalah lebih teruk berbanding nusyuz yang difailkan suaminya terhadap dirinya sebelum ini.

Suruh tarik nusyuz? Hello bro (Syamsul), if fail nusyuz kepada awak tunjuk video tidak senonoh dengan Ira Kazar, gambar tidak senonoh masa sebelum anda berdua kahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk kot.

Dengan Ira kazar mengaku kepada JAWI persetubuhan luar nikah, siapa yang nusyuz? Dan juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000.00. Saya minta bayar setiap tahun RM100,000.00 itu awak mampu kot?

Sarah membalas kenyatan pengarah filem Munafik itu menerusi hantaran di Instagram Stories, petang Selasa.

Jual kereta lamborghini

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menjelaskan jumlah nafkah yang dituntutnya adalah tidak besar dan munasabah. Malah, dia ada berbincang dengan ibu mentuanya, Patimah Ismail mengenai jumlah tersebut.

Dalam pada itu, Sarah turut mengutarakan cadangan supaya Syamsul menjual kereta jenama mewah miliknya untuk menjelaskan bayaran nafkah dan mutaah yang tertunggak selama ini.

Meskipun saya bincang dengan ibu awak, RM500,000.000 mutaah tambah nafkaf tertunggak itu adalah munasabah. Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.

Boleh je jual lamborghini yang awak banggakan tu kan buat bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa. Jual lah, buat bayar nafkah.

Dan juga, tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah tentukan siapa yang nusyuz. Saya lebih suka itu. Untuk pengetahuan awak, nafkah awak bagi itu cukup-cukup makan. Nafkah isteri tiada bertahun. Jadi janganlah gembira sangat. Takpe, kita lawan di mahkamah.

Terdahulu, Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah yang sepatutnya dijadualkan berlaku pada hari ini di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses tersebut tidak mencapai persetujuan menyebabkan pengarah itu enggan melafaz cerai.